Syarikat kami adalah berdaftar bersama SSM dan telah beroperasi sejak pertengahan tahun 2020. Sejujurnya pandemik COVID-19 amat memberi kesan terhadap semua peniaga tidak mengenal latar belakang. Kami sedar bahawa terdapat peluang untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang ingin menaiktaraf bisnes mereka tetapi mempunyai kekangan bajet.
Oleh itu, kami telah menyediakan satu khidmat untuk memberi tunjuk ajar dan menawarkan pakej yang murah untuk sistem point-of-sale yang dapat membantu peniaga untuk merekodkan jualan mereka serta melancarkan lagi operasi perniagaan mereka seperti fungsi mencetak resit, pengambilan order tanpa kertas dan pelbagai fungsi lagi.
Jika anda seorang pemilik restoran atau cafe, sememangnya pening kalau setiap kali anda terlupa untuk merekod atau mengira permintaan tambahan pelanggan. Kini, 'bungkus ikat tepi' pun anda boleh masukkan ke dalam caj tambahan,
Setiap hari sales anda pasti ditulis di dalam buku atau ditaip dalam telefon. Bagaimana kalau buku itu hilang? Sistem Loyverse menggunakan backend cloud hosting dimana data jualan anda akan disimpan di back office, selamat dalam virtual server.
Anda ada FoodPanda? GrabFood? Kini anda boleh terus key in order anda dan hantar ke dapur dengan sistem kitchen display/printer. Key in dan terus masuk ke dapur
Loyverse menyokong sistem Android/iOS. Berbeza dengan sistem Windows yang offline dan agak rumit, sistem yang kami sediakan lebih mesra pengguna serta mudah untuk diselenggara.
Sentiasa update inventori anda dengan mudah melalui Loyverse Back Office. Sistem akan memberi amaran jika anda ingin menjual lebih dari stok sediaada tanpa perlu semak stok secara manual.
Cashless Era
Dunia semakin maju. Dengan adanya cashless payment seperti Maybank QRPay dan TnG e-Wallet, anda perluka nplatform untuk pengiraan jualan secara auto bagi jualan tunai dan maya.